• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak: Azizah, Pua Harus Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
03/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) membidas pembangkang kerana memutarbelitkan kenyataan mengenai kenaikan harga bahan api dan meminta mereka memohon maaf kepada umum akibat memberi maklumat yang mengelirukan.

Pasukan Komunikasi Strategik BN berkata, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membuat kenyataan yang bercanggah mengenai isu itu baru-baru ini.

“Dua hari lepas, Tony Pua dan Wan Azizah berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga runcit petrol pada Februari kerana harga minyak mentah jatuh pada Januari.

“Hari ini, selepas diberitahu oleh kami bahawa harga petrol adalah berdasarkan harga minyak yang ditapis dan bukan minyak mentah, Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini (Khamis) tiba-tiba bersetuju dan mengaku bahawa harga minyak ditapis telah meningkat pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

“Ini bermakna kenyataan Tony Pua dan Wan Azizah sebelum ini bahawa tiada alasan bagi menaikkan harga minyak adalah salah,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Pasukan itu juga menasihatkan Pua untuk lebih memahami realiti ekonomi dan pasaran mengenai harga petrol sebelum membuat kenyataan tidak berasas atau pengiraan yang bukan sahaja tidak benar, tetapi sengaja direka untuk mengelirukan dan menghasut rakyat Malaysia.

“Tony Pua membuat kiraan bahawa purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 ialah AS$66,55 (RM294.42) setong. Ini bermakna RM1.8753 seliter pada kadar tukaran AS$1 kepada RM4.48 ketika itu.

“Pengiraan yang dibuat mengenai purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 agak betul tetapi salah bagi purata kadar tukaran wang berdasarkan angka rasmi kadar tukaran wang oleh Bank Negara Malaysia.

“Purata kadar tukaran wang untuk hari-hari urusniaga MOP pada Disember 2016 ialah AS$1 kepada RM4.4599 dan bukan RM4.48 seperti diberikan oleh Tony Pua,” kata kenyataan itu.

MOPS (Mean of Platts Singapore) ialah sistem penilaian harga bagi penetapan harga minyak petrol dan diesel.

Pasukan itu berkata Pua juga gagal untuk menyedari hakikat bahawa pemandu tidak perlu mengepam petrol secara terus daripada loji penapisan, sambil menegaskan petrol perlu dibeli oleh syarikat-syarikat minyak, dipasarkan dan dipam distesen minyak, semuanya melibatkan kos.

Katanya, butiran caj bagi RON95 telah diperincikan secara jelas oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) kerajaan sejak April 1983.

“Ia merangkumi lima sen ‘Alpha‘ untuk variasi harga pada masa dibeli daripada loji penapisan, 9.54 sen bagi kos pengangkutan dan pemasaran, 5 sen margin bagi syarikat-syarikat minyak dan 12.19 sen margin bagi stesen minyak.

“Oleh itu, kiraan Tony Pua iaitu RM1.8753 seliter bagi bulan Disember yang menentukan harga bagi Januari 2017 adalah salah,” katanya.

Menurutnya, harga APM termasuk margin dan kos ditetapkan bagi Januari 2017 ialah RM2.19 seliter, iaitu 9 sen lebih mahal daripada harga runcit RM2.10 bagi bulan itu.

Pasukan itu berkata Pua juga cuba mengira harga runcit bagi Februari dan mendakwa harga purata MOPS95 lebih tinggi sedikit pada AS$68.820 (RM304.46) setong pada Januari, diterjemahkan kepada RM1.9130 seliter berdasarkan kadar purata tukaran wang AS$1 kepada RM4.42.

“Bagaimanapun, beliau telah salah dalam membuat kiraan bagi harga purata MOPS dan kadar tukaran wang. Kadar purata tukaran wang bagi Januari 2017 sepatutnya RM4.45, bukannya RM4.42 seperti didakwa oleh Tony (Pua),” katanya.

Selain itu, katanya harga RM1.9130 seliter dikira Pua itu juga tidak termasuk margin dan kos APM dan harga APM bagi Februari 2017 sepatutnya RM2.262 seliter, iaitu 3.8 sen lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 bagi Februari2017.

“Fakta bahawa terdapat 9 sen bayaran kurang pada Januari dan 3.8 sen terlebih bayar pada Februari menunjukkan kenapa perlunya pengapungan terurus dilaksanakan.

“Tanpa amalan kesederhanaan ini, harga petrol RON95 akan naik 30 sen dari Disember ke Januari dan 10 sen dari Januari ke Februari. Bagaimanapun, dengan pengapungan terurus ini, harga petrol sebaliknya naik 20 sen bagi Januari dan Februari,” katanya.

Pasukan itu berkata menerusi sistem pengapungan terurus dan sistem APM, harga akan naik dan turun berdasarkan harga petrol ditapis global, dengan itu harga bulanan petrol tidak sepatutnya menjadi isu untuk dipolitikkan oleh pembangkang setiap bulan.

Selain itu, mereka berkata Malaysia secara konsisten berada dalam ranking antara 14 negara teratas bagi harga runcit petrol termurah dalam kalangan 180 negara di dunia. – BERNAMA

Tags: harga minyakTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd