• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Portal Pertama Ditubuh Bantu Pesakit Kanser Peroleh Kerja

oleh
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – www.cancerfly.com akan menjadi portal pekerjaan pertama ditubuhkan di negara ini khusus untuk membantu pesakit kanser memperoleh pekerjaan dengan mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Pengasasnya Dr M. Sri Ganesh berkata portal yang juga dikenali sebagai ‘Cancerfly Employment Network’ itu ditubuhkan hasil kerjasama antara Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Melalui portal itu, beliau berkata pesakit kanser boleh menjana pendapatan dengan mengiklankan produk mereka atau memperoleh pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan dari rumah.

“Menurut kajian ‘ASEAN Costs In Oncology (ACTION)’, kira-kira 48 peratus daripada pesakit kanser akan mengalami masalah kewangan dalam tempoh setahun setelah didiagnosis menghidap penyakit tersebut.

“Faktor yang menjadi penyumbang masalah kewangan ini juga disebabkan kehilangan pekerjaan, justeru penubuhan portal ini menjadi platform kepada mereka mencari peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media program ‘Cancerfly Employment Portal and CanBazaar HKL 2017’ di HKL, hari ini.

Dr. Sri Ganesh berkata portal tersebut tidak hanya terhad kepada pesakit kanser malah bekas pesakit kanser yang ingin mencari pekerjaan juga boleh mengemukakan permohonan itu dengan melayari portal berkenaan.

Beliau berkata golongan tersebut wajar diberi peluang untuk menceburi bidang pekerjaan dan secara tidak langsung berupaya meningkatkan ekonomi negara.

“Mereka tidak seharusnya dipinggirkan daripada sektor pekerjaan dan stigma bahawa mereka (pesakit) lemah dan tidak mampu melakukan pekerjaan seperti golongan sihat, harus diubah,” katanya.

Beliau turut menyarankan majikan daripada sektor awam dan swasta membuka peluang pekerjaan yang sesuai kepada pesakit kanser tersebut dengan mengambil bahagian dalam majlis perasmian ‘Cancerfly Employment Portal and CanBazaar HKL 2017’ yang akan diadakan pada 20 Feb ini.

“Setakat ini dua syarikat bersetuju menyertai majlis pelancaran itu dan menawarkan sesi temuduga, namun kami berharap lebih banyak lagi syarikat korporat dapat menyertai sesi temuduga tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: cancerflykanserpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd