• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ISU MB: AMK Kemuka Tiga Soalan Kepada PAS!

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kekesalan ke atas tindakan PAS melanggar keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu bahawa hak untuk menamakan calon Menteri Besar Selangor terletak pada PKR.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengemukakan tiga soalan kepada PAS berhubung dakwaan PAS menghantar nama calon daripada parti itu untuk menjadi Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PAS perlu menjawab mengapa wujud surat awal yang diakui oleh Setiausaha Agung PAS di mana tiga nama pimpinan PAS yang dicalonkan.

“Mengapa dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama PAS dan dua nama PKR pula yang dihantar?. Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

“Mengapa Setiausaha Agung PAS tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar?. Adakah nama-nama calon PKR yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan PAS pada 17 Ogos 2014?,” katanya melalui satu kenyataan malam tadi.

Nik Nazmi berkata, adalah penting untuk rakyat Selangor mendapat penjelasan segera agar segala kekeliruan dan tanda tanya yang ditimbulkan PAS itu dapat dijawab. – mynewshub.my

 

Tags: Krisis MB SelangorPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd