• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tunggu Masa Bertindak Terhadap Ahli Politik Rasuah

oleh AK-47
27/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam siri tindakannya bagi memerangi gejala rasuah di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengetepikan perhatiannya terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan.

“SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah…saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja – tunggulah,” katanya ketika ditemu bual oleh saluran berita Astro Awani malam ini.

Sambil berkata SPRM tidak boleh mendedahkan siapa yang akan ditangkap atau bila tangkapan dilakukan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan rasuah.

Beliau berkata SPRM bertindak terhadap pelaku tanpa mengira pangkat dan kedudukan – sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahu pun penjawat awam.

Dzulkifli memberi jaminan bahawa SPRM akan mengambil tindakan lebih tegas dan drastik terhadap sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dalam usahanya memastikan negara tidak dibelenggui masalah itu.

Dengan menolak tanggapan kononnya ada pelaku rasuah termasuk ‘jerung besar’ yang dilindungi, beliau berkata SPRM akan memperluaskan lagi ‘radarnya’ tahun ini untuk membanteras perbuatan itu.

Dalam pada itu, beliau mengakui SPRM berdepan kekangan kewangan dalam melaksanakan tindakan itu tetapi menegaskan bahawa ia bukan alasan untuknya tidak berusaha menurunkan kadar rasuah di negara ini.

Baru-baru ini, SPRM menahan beberapa individu termasuk seorang ketua setiausaha kementerian untuk disiasat berhubung perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

Badan antirasuah itu turut merampas aset seperti wang tunai, kereta mewah dan jongkong emas bernilai jutaan ringgit daripada mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd