• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kelantan Diminta Henti Zalimi Orang Asli

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan pro-Pakatan Harapan, BERSIH 2.0 menuntut kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan maaf serta-merta ke atas masyarakat Orang Asli di negeri itu kerana menzalimi hidup mereka.

BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan berkata, kerajaan PAS Kelantan turut diminta supaya mengiktiraf secara terbuka hak milik Orang Asli ke atas tanah adat mereka di Kelantan.

“BERSIH 2.0 amat terkejut mendapat tahu Jabatan Perhutanan Kelantan (JPK) sekali lagi memusnahkan sekatan Orang Asli di Simpang Petei semalam.

“Tindakan yang tidak bertimbang rasa ini mencabul hak asasi manusia dan menjejaskan hak kehidupan Orang Asli kerana kehidupan mereka berkait rapat dengan tanah adat,” kata kenyataan itu hari ini.

BERSIH 2.0 dalam pada itu mendakwa mereka yang ditahan semalam tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke pejabat Jabatan Perhutanan Kelantan.

Dakwa BERSIH 2.0, pegawai-pegawai Jabatan Hutan Kelantan merampas barangan peribadi seperti motosikal dan telefon bimbit dan menghalang perhubungan luar dengan komuniti Orang Asli.

“Pagi ini, 16 lagi aktivis dan dua wartawan ditahan. Jabatan Perhutanan Kelantandilaporkan sedang bersedia memusnahkan satu lagi sekatan Orang Asli.

“Mereka telah melampaui bidang kuasa serta mengabaikan semua prosedur dan proses undang-undang. Kelakuan mereka menyerupai samseng dan melanggar undang-undang Malaysia,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Orang AsliPAS Kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd