• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSV Bakal Tarik Balik Iklan Selepas ‘Kecewa’ Dengan TV3

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kontroversi mengenai jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) yang tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 baru-baru ini masih belum reda.

DSV Bakal Tarik Balik Iklan Selepas 'Kecewa' Dengan TV3

Utusan Online melaporkan, pengasas syarikat Vida Beauty itu bakal memikirkan tindakan untuk menarik balik tajaan dan iklan bersama stesen televisyen swasta itu susulan tersinggung selepas tidak mendapat jemputan untuk menghadiri AJL di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu.

BACA INI: “Tiada Tempat Duduk Untuk Saya Di AJL” – DSV

“Mereka halang saya ke AJL dengan alasan tidak mempunyai tempat duduk. Saya tidak boleh terima alasan tersebut. Apa yang dilakukan ini seolah-olah cuba menjatuhkan imej saya sebagai bekas penaja utama rancangan berkenaan.

“Buat masa ini, saya sedang meneliti perkara ini dengan lebih mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan. Ini bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” katanya.

BACA INI: ‘Dua Tahun Berturut-Turut Taja AJL RM2.8 Juta’ – DSV

Jelasnya, tindakan itu bukan untuk meraih simpati atau mencari publisiti murahan sebaliknya mahu memberi pengajaran kepada pihak berkenaan supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida menyelar tindakan TV3 yang menggunakan alasan tempat duduk terhad bagi ‘menghalangnya’ menghadiri program AJL 31 baru-baru ini.

Beliau menganggap alasan tersebut tidak profesional dan kecewa dengan tindakan TV3 yang seolah-olah tidak menghargai tajaan yang diberikan kepada stesen televisyen tersebut sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AJL 31Datuk Seri Vidatajaantv3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd