• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Imbas Kekejaman Mahathir Sewaktu Jadi PM

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya tentang usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘cuci tangan’ atas pelbagai ‘masalah dan penyakit’ yang dilakukannya sepanjang memerintah negara ini demi kepentingan peribadinya.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mahathir yang kini memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha meletakkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya ke atas bahu Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kepimpinan negara selepas zaman Mahathir selain dilihat lemah, ia juga tidak lebih selain terpaksa menanggung segala penyakit yang telah sedia tumbuh sejak zaman Mahathir lagi.

“Kita sedang melihat hari ini betapa Mahathir cuba `cuci tangan’ dan `bersilat tari’ dengan meletakkan kesalahan terhadap segala masalah yang berlaku hari ini ke atas kepimpinan Abdullah dan Najib,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan, tindakan Mahathir yang kini menentang kerajaan menyebabkan politik kebencian, kemarahan dan fitnah jadi merebak.

Kata beliau, Mahathir pernah menolak usaha PAS mengetengahkan penyelesaian Islam kerana padanya PAS adalah sampah dan penghalang wawasan yang dikejarnya.

“Beliau hanya menghormati PAS ketika PAS mempertahankannya pada ketika musuh luar negara cuba memeranginya. Beliau hanya menghormati PAS ketika dia mahu tunjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa dia juga memperjuangkan Islam dan bumi Palestin.

“Selebihnya, PAS diperangi Mahathir habis-habisan sehinggakan sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara dan rakyat Kelantan dan Terengganu menjadi mangsa kekejamannya melalui sekatan ekonomi dan kewangan yang dilakukannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahathir MohamadNik AbduhPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd