• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib PM ‘Yang Sedia Mendengar Dan Responsif’

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yakin Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi perhatian wajar terhadap sebarang rundingan dengan Sarawak kerana beliau merupakan perdana menteri “yang sedia mendengar dan responsif”.

Katanya dalam perjumpaannya dengan perdana menteri di Putrajaya semalam, beliau telah menyatakan sokongan Sarawak terhadap kepimpinan Najib yang merupakan seorang perdana menteri yang banyak ‘membantu kami di Sarawak’.

“Saya baru dilantik ke jawatan ketua menteri, jadi saya jumpa perdana menteri semalam sebagai memberi penghormatan, dan saya nyatakan bahawa saya akan teruskan dengan apa yang telah diusahakan oleh ‘Tok Nan’ (bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bilik persidangan Ibu pejabat PBB di Jalan Bako, Petra Jaya di sini hari ini.

Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Jan lalu, selepas Adenan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan pada 11 Jan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd