• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Visa Pelajar Asing Lulus Dalam Tempoh 14 Hari

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Tempoh kelulusan visa bagi pelajar asing di negara ini dipendekkan daripada 30 hari kepada hanya 14 hari, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Peringkat Tertinggi Mengenai Pengambilan Pelajar Asing yang dipengerusikan beliau Khamis lalu.

Katanya 10 pegawai tambahan akan ditempatkan di Jabatan Imigresen bagi memastikan kelancaran pengeluaran visa mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

“Sementara menunggu visa tersebut diluluskan, kerajaan akan mengeluarkan kad visa sementara untuk setiap permohonan daripada pelajar luar negara setelah nama mereka disemak dalam senarai syak Interpol.

“Untuk semakan kita menggunakan Sistem Saringan Pemeriksaan Penumpang (APSS),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan dan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata kelewatan pemprosesan visa pelajar asing sehingga mencecah 30 hari ketika ini antaranya disebabkan masalah oleh Education Malaysia Global Services (EMGS).

“Kini terdapat sebanyak 4,000 permohonan visa pelajar asing yang tertunggak akibat kelembapan oleh EMGS sama ada di universiti awam atau swasta,” katanya.

EMGS ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Mengikut Jaminan (SBMJ) bukan berdasarkan keuntungan yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjalankan fungsi pemasaran, promosi dan pengurusan merekrut pelajar antarabangsa ke Malaysia.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata usaha mempercepatkan permohonan visa pelajar dibuat kerana kedatangan mereka ke negara ini menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pertukaran wang asing sekurang-kurangnya RM5 bilion setahun.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga bersetuju memberikan visa kepada ibu bapa atau penjaga pelajar terutama dari Timur Tengah untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga anak-anak mereka.

“Ini adalah nilai budaya ibu bapa di Timur Tengah. Maka kita akan berikan visa kepada mereka setelah semakan keselamatan dibuat kerana kita tidak berkompromi terhadap soal keselamatan negara,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiVisa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd