• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pergiat Promosi Tarik Minat Pelajar Asing

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempergiatkan promosi di peringkat global bagi menarik minat golongan sasaran melanjutkan pelajaran di Malaysia dengan pelbagai pilihan kursus berkualiti tinggi dan menepati piawaian antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan mengalu-alukan kedatangan pelajar asing bagi meningkatkan imej Malaysia dalam bidang pendidikan selaras dengan hasrat menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan serantau dengan sasaran 200,000 pelajar asing menjelang tahun 2020.

Sehingga kini, katanya terdapat 159,172 pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di pelbagai institusi pendidikan di Malaysia.

“Jumlah ini membabitkan pengaliran masuk kepada ekonomi negara dengan RM7.8 bilion setahun dibelanjakan oleh pelajar-pelajar tersebut bagi mengikuti pengajian di sini,” katanya dalam kenyataan bersempena Mesyuarat Peringkat Tertinggi Mengenai Pengambilan Pelajar Asing, yang dipengerusikannya hari ini.

Mesyuarat yang turut melibatkan wakil antaranya daripada Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan, Jabatan Imigresen dan Education Malaysia Global Services (EMGS) membincangkan secara terperinci mengenai kemasukan pelajar asing di Malaysia, hala tuju dan perkembangan semasa.

Mengambil kira isu keselamatan global yang tidak menentu, Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif iaitu saringan awal sebelum kemasukan, operasi pemantauan semasa berada di dalam negara dan penguatkuasaan bersepadu melibatkan semua agensi dari semasa ke semasa.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan turut menekankan aspek kualiti pendidikan yang ditawarkan, kebajikan pelajar asing selain memastikan keselamatan awam yang terjamin dan menjadi keutamaan.

“Kesemua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Malaysia perlu menjalani pelbagai peringkat saringan akademik dan tapisan keselamatan bagi memastikan mereka benar-benar kompeten dan layak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, EMGS ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Mengikut Jaminan (SBMJ) bukan berdasarkan keuntungan yang diletakkan di bawah KPT untuk menjalankan fungsi pemasaran, promosi dan pengurusan merekrut pelajar antarabangsa ke Malaysia.

Ahmad Zahid berkata EMGS juga menjalin kerjasama yang amat rapat dengan Jabatan Imigresen dan berperanan sebagai pusat sehenti bagi urusan pelajar antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPelajar AsingPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd