• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesihatan Jantung Penting Untuk Pesakit Diabetes

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Makan terlalu banyak benda manis boleh membunuh jantung! Penyakit Kardiovaskular kekal sebagai punca utama kematian pesakit diabetes.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011-2014, mereka yang menghidap diabetes, dua atau empat kali ganda lebih mudah mendapat penyakit jantung dan lima kali ganda lebih mudah diserang angin ahmar.

Perunding endokrinologi, Dr Wong Ming berkata, diabetes kini dianggap sebagai faktor penyumbang utama penyakit jantung koronari (CHD).

Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi. Penghidap diabetes berdepan dengan risiko CHD, iaitu 20 peratus lebih tinggi dalam masa 10 tahun selepas disahkan doktor menghidap diabetes.

“Bukan sahaja orang yang menghidap diabetes dua kali ganda berdepan dengan kemungkinan mendapat penyakit jantung tetapi mereka juga berkemungkinan mendapat penyakit itu pada usia yang lebih muda berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes,” kata Wong.

Meskipun ada teknologi dan kaedah untuk mendiagnosis CHD pada peringkat awal, mengesan gejala serangan sakit jantung dalam kalangan pesakit diabetes masih lagi mengalami kesukaran akibat apa yang dipanggil Iskemia senyap.

Iskemia berlaku apabila aliran darah menjadi terhad atau berkurangan dalam satu-satu bahagian badan.

Keadaan ini sering menyebabkan sakit dada atau keadaan tidak selesa yang disebut sebagai angina, iaitu gejala utama kegagalan jantung.

Iskemia senyap ialah apabila orang mengalami Iskemia tanpa sebarang kesakitan, justeru, mereka tidak mengalami sebarang amaran awal serangan sakit jantung.

Antara mereka yang menghadapi risiko mengalami keadaan ini termasuk yang pernah diserang sakit jantung dan yang menghidapi diabetes.

“Gejala sakit jantung sering tidak dapat dikesan bagi pesakit diabetes, menyebabkan kelewatan mendiagnosis serangan sakit jantung dan mendapat rawatan yang lebih awal,” katanya dalam perbincangan meja bulat mengenai diabetes dan sakit jantung di Sunway Medical Centre baru-baru ini.

Wong menambah, hiperglisemia (glukosa darah yang tinggi) dan kerintangan insulin bagi pesakit diabetes mengakibatkan proses aterosklerotik (pengumpulan plak pada dinding arteri).

“Plak kolesterol yang tiba-tiba pecah adalah penyebab lazim terutama dalam kalangan pesakit diabetes yang mempunyai masalah dyslipidaemia (jumlah lemak atau kolesterol yang tidak normal dalam darah), yang menyebabkan arteri tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung atau strok,” kata Wong.

Pada majlis yang sama, Perunding Kardiologi Dr Lim Bee Chian memberitahu para peserta bahawa pesakit diabetes terdedah kepada komplikasi vaskular sejak peringkat awal penyakit itu lagi.

Komplikasi mikrovesikel termasuk masalah mata yang boleh menyebabkan buta, kegagalan buah pinggang juga kerosakan sistem saraf sementara komplikasi makrovesikel pula strok dan penyakit jantung.

Untuk doktor mendapatkan gambaran menyeluruh akan kesihatan pesakit dan risiko masa depan serta komplikasi, risiko ‘cardiometabolic’, mereka perlu dinilai.

“Risiko kardiometabolik dibahagi kepada dua kumpulan iaitu faktor tidak boleh diubah suai seperti umur, bangsa, jantina serta sejarah keluarga dan faktor boleh ubah suai seperti obesiti, ketidakgiatan fisikal, diet yang tidak sihat, ‘abnormal lipid metabolism’, kerintangan insulin, keradangan, hipertensi dan merokok.

“Rawatan holistik akan melibatkan faktor boleh ubah suai terdiri daripada rawatan perubatan, ubah suai gaya hidup serta kegiatan fizikal,” jelas Dr Lim.

Dewasa ini diagnosis CHD untuk pesakit diabetes lebih pantas hasil daripada kemajuan pesat dalam penjagaan perubatan dan kesedaran yang semakin meningkat.

Peralatan diagnostik yang lebih tepat juga semakin digunakan dan membolehkan pengesanan awal ‘atherosclerosis’ dan gejala awal CHD.

Antaranya ialah imbas koronari ‘Multislice Computed Tomography’ (MSCT).

Penyakit diabetes di Malaysia menunjukkan perkembangan yang membimbangkan yang mana seorang dalam setiap lima orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidapinya.

Dianggarkan 3.6 juta orang dewasa Malaysia menghidap diabetes, satu jumlah yang mencemaskan.

Angka ini meletakkan negara ini sebagai negara nombor satu di Asia Tenggara mempunyai bilangan pesakit diabetes paling ramai dan tempat keenam di rantau Pasifik Barat.

Laporan Bernama sebelum ini memetik Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai berkata, rakyat Malaysia perlu melihat diabetes sebagai satu masalah serius.

Beliau menyarankan agar mereka mengambil langkah awal untuk mencegahnya memandangkan kos rawatan yang amat tinggi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar menekankan usaha yang lebih perlu dibuat untuk mencetuskan kesedaran gaya hidup sihat dan mengurangkan risiko diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Penting bagi masyarakat terutama generasi muda mengawal kesihatan mereka. Anak muda hari ini lebih banyak menghabiskan masa dengan permainan video daripada bersenam.

“Kita menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat seperti diet yang betul, bersederhana dalam mengambil makanan segera di samping mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman,” beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan acara World Diabetes Day Charity Walkathon and Fun Run 2014 baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd