BERGELAR penyanyi no.1 negara, pastinya banyak negara sudah dijelajahi Datuk Siti Nurhaliza demi menjayakan mana-mana persembahan pentas selain tuntutan kerjanya sebagai pengasas produk kecantikan Simply Siti.
Dalam banyak-banyak negara yang sudah dilawatinya, baru-baru ini Siti ada menyenaraikan top 5 destinasi percutian yang paling menjadi kegemarannya.
Jika kebanyakan individu akan menyenaraikan kota metropolitan London dan Paris sebagai tempat kesukaan mereka, berbeza dengan Siti yang lebih menyukai bandar-bandar yang tidak berapa sesak serta yang terkenal dengan keunikan budaya sesuatu tempat dan kaum itu.
Nak tau destinasi mana yang masuk list? Jom semak!
1. Seoul, Korea Selatan

Menurut Siti, sekiranya menjejakkan kaki ke Seoul, jangan lupa untuk melawat Istana Gyeongbukgung dan menikmati pemandangan indah bandar Seoul di N Seoul Tower.
2. Bandung, Indonesia

Isteri Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa ini suka membeli-belah di sekitar Bandung yang terkenal sebagai syurga membeli-belah. Di Bandung terdapat banyak factory outlet yang menawarkan pelbagai barangan menarik dari jenama mewah antarabangsa kepada jenama tempatan.
3. Perth, Australia

Perth meraih tempat yang istimewa di hati Siti kerana keindahan alam semulajadinya. Selain itu, penyanyi popular ini suka meluangkan masa berpiknik di Kings Park dan melakukan aktiviti ekstrem di Sand Dunes sekiranya berkunjung ke sini.
4. Ho Chi Minh, Vietnam

Bandar terbesar Vietnam ini sememangnya cukup terkenal dengan kenikmatan kopi terbaik dunia. Malah Siti mengakui gemar menikmati kopi Vietnam sambil bersantai di kafe-kafe di pesisiran pantai di sana.
5. Shanghai, China

Walaupun penduduk tanah besar China sering kali mempamerkan tingkah laku yang agak menjengkelkan, namun bandar ketiga terbesar di negara mereka ini berjaya menarik hati Siti.
Bandar ini dilabel sebagai bandar mesra kaum Muslim yang mana banyak makanan halal mudah didapati di sini selain penduduknya turut menghidangkan cara masakan asli penduduk di sana. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Rojak Daily

