• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beruang Zoo Bandung Dibiar Lapar, Makan Najis Sendiri

oleh AK-47
19/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH zoo di Bandung, Indonesia telah menimbulkan kemarahan seluruh dunia khususnya pencinta binatang selepas satu rakaman video memaparkan beruang-beruang dalam taman haiwan itu kelihatan kurus seperti rangka tersebar.

Lebih menyedihkan, beruang-beruang tersebut dilihat meminta-minta makanan dari para pengunjung seolah-olah dibiarkan kelaparan.

Beruang Zoo Bandung Dibiar Lapar, Makan Najis Sendiri

Menerusi video klip, beruang tersebut dilihat sanggup berdiri mengangkat tangan seakan-akan merayu diberikan makanan.

Malah, beruang tersebut turut meraba-raba mencari makanan apabila pengunjung mencampakkan makanan ke dalam kandang mereka.

Lebih mengejutkan, ada beruang dilihat terpaksa memakan najis mereka sendiri.

Video itu dikatakan direkod oleh penyiasat dari kumpulan pemantauan hidupan liar, minggu lalu.

Lapor Mirror, satu petisyen telah pun dilancarkan sejak enam bulan lalu meminta taman haiwan itu ditutup kerana membiarkan haiwan kelaparan.

Tidak sekadar itu, ratusan ribu penduduk turut mengesa Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengambil tindakan.

Setakat ini, petisyen itu sudah ditangani lebih dari 190,000 orang.

Tahun lalu, taman haiwan itu turut menimbulkan kontroversi apabila satu gambar mendedahkan seekor gajah mati sambil menitiskan air mata menjadi tular.

Dalam gambar itu, badan gajah tersebut berkudis dan kakinya dirantai dalam sangkar yang kelihatan berkarat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BERUANGIndonesia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd