• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Alah Pada Suami, Boleh Ancam Nyawa

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI pasangan suami isteri, saat-saat bersama sememangnya dinantikan namun berbeza dengan Johanna Watkins dan suaminya, Scott. Mereka terpaksa berada jauh antara satu sama lain disebabkan Johanna mengalami alahan yang teruk.

Alahan yang dialaminya itu amat serius hinggakan jika Johanna berada berhampiran Scott, ia boleh mengancam nyawanya.

Johanna tidak boleh mencium hatta memegang tangan suaminya langsung malah mereka terpaksa berada di bilik berasingan. Satu-satunya cara yang dapat mengikat mereka ialah menerusi mesej telefon.

Johanna, yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat, mengalami 100 alergik dan dia sendiri tidak dapat mengingati berapa kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia menderita penyakit Mass Cell Activation Syndrome (MCAS), iaitu keadaan di mana dia alah kepada hampir semua perkara.

Dia hanya keluar dari biliknya hanya untuk ke hospital sahaja dan terpaksa mengubahsuai rumah mereka demi keselamatannya.

Menurut Scott, ketika mula-mula berkahwin dia menyedari isterinya itu akan batuk-batuk apabila mereka berdepan satu sama lain.

Keadaan Johanna kini semakin teruk dan dia juga hanya dibenarkan makan stu daging dan kambing organik. Makanan lain hanya akan mengakibatkan dia jatuh sakit.

“Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya mahu memastikan keselamatan Johanna.

“Kami komited antara satu sama lain dan saya akan menunggu untuk mendapatkan penawarnya, biar berapa lama sekali pun,” kata Scott.

Bagi Johanna pula, meskipun berdepan dengan keadaan itu namun dia masih menaruh harapan.

“Saya mendapat banyak anugerah dalam hidup dan ia sesuatu yang perlu saya syukuri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: suamiWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd