• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amelina Solat Istikharah 3 Kali Sebelum Kembali Menyanyi (???)

oleh AK-47
26/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nama ratu dangdut yang dahulunya menyepi ini secara tiba-tiba kembali menyinari dunia industri hiburan.

Siapa lagi kalau bukan penyanyi dangdut yang cukup terkenal dengan lagu Asyik hingga menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, dikatakan bakal kembali menyanyi selepas 15 tahun menyepikan diri.

Penyanyi lagenda hiburan dangdut tanah air ini mengakui kepada wartawan mStar Online, telah melakukan tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.

Amelina turut memberitahu, dia yakin kemunculan semulanya selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.

amelina1

“Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang membantutkan usaha itu.

“Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai,” ujar Amelina ketika ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, semalam.

Amelina memberitahu, keputusan untuk kembali turut mendapat restu daripada ibu dan enam anaknya dengan membawa imej bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.

“Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.

“Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja,” ujarnya.

Dia berharap irama genre dangdut dapat terus dipertahankan di samping berusaha mengembalikan genre ini supaya tidak dilabel muzik kampung.

Setakat ini, Amelina berkerjasama dengan komposer Ajai untuk memilih lagu dan single terbaharu Amelina dijangkakan keluar pada pertengahan Disember ini.

Kami tak mempertikaikan keputusan untuk kembali menyanyi yang dilakukan Amelina, mahu pun teringin mengulas tentang komen Amelina yang menafikan bahawa dia pernah bertudung, sebaliknya melakukannya sebelum ini semata-mata kerana tak mahu dikenali peminat.

Tapi komen Amelina bahawa dia melakukan solat istikharah sebanyak tiga kali sebelum ambil keputusan menyanyi semula ini… hmm, nampak macam ada sesuatu yang tak kena di situ.

Sebaiknya, artis kita belajar untuk tidak memberi sebarang komen berbaur islamik selepas ini sebelum merujuk pada yang berilmu, kerana dibimbangi kenyataan mereka bukan sahaja memberi persepsi silap tapi juga menampakkan sejauh mana pemahaman mereka tentang agama. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

22/06/2026
0

MUAR - Pakatan Harapan (PH) memberi amaran supaya hanya parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya, manakala pihak yang tidak...

“That Is TMJ Style Power Lah” – Reaksi Netizen Selepas PM Anwar Menghadap Tunku Mahkota Ismail

“That Is TMJ Style Power Lah” – Reaksi Netizen Selepas PM Anwar Menghadap Tunku Mahkota Ismail

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd