• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan: 6 Mangsa Dihantar Ke Hospital Di Semenanjung

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Enam mangsa yang parah dalam kejadian letupan lombong arang batu di Sri Aman pada Sabtu lalu diterbangkan ke hospital pakar di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Perubatan Sarawak, Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata dua mangsa rakyat Korea yang dikenali sebagai Sin Chol Ju dan Yang Chol Jin dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyyah di Alor Setar.

Tiga lagi mangsa iaitu warga Indonesia Abdul Salam dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Mohd Zainuddin yang juga warga Indonesia ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, warga Myanmar Aung Min Htut ke Hospital Kuala Lumpur sementara seorang lagi warga Indonesia, Triono dihantar ke Hospital Kuala Terengganu.

“Kami terpaksa merujuk mereka ke hospital-hospital berkenaan kerana kami tidak memiliki pakar merawat kecederaan kebakaran yang mencukupi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata mereka sebelum itu merupakan antara 21 mangsa yang dirujuk ke Hospital Umum Sarawak sebaik kejadian berlaku yang turut mengorbankan tiga pekerja asing yang lain.

Dr Zulkifli berkata dua lagi mangsa telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu semalam.

Sejumlah 30 mangsa yang kebanyakannya warga asing dimasukkan ke hospital setelah terowong di lombong tempat mereka sedang bekerja meletup.

“Sesetengah mangsa sedang pulih dan boleh berjalan dan boleh dibenarkan keluar daripada hospital beberapa hari lagi,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: letupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd