• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Wang Haram: Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengurus kanan syarikat perdagangan antarabangsa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 13 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM500,000, dua tahun lepas.

Foo Tseh Wan, 40, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang berbeza daripada Syarikat Advanced System Polymer Sdn Bhd menerusi tiga bank di sekitar bandar raya Johor Bahru di antara 6 Feb 2015 hingga 3 Jun 2015.

Menurut kertas pendakwaan, semua urusan di tiga bank berkenaan membabitkan nilai pengubahan wang haram di antara RM4,000 sehingga RM250,000.

Bagi kesemua kesalahan itu, Foo didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya Mahafi Abd Jumaat. Tertuduh diwakil Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

Hakim Mohd Fauzi kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 5 Mac ini.

Sementara itu, Foo akan dibicarakan bagi 115 pertuduhan lain pada 22 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Gubah Wang Haramkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd