• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ucap Tahniah Kepada KM Sarawak Baharu

oleh AK-47
14/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNMING (Wilayah Yunnan, China), – Pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu pastinya bukan datang sebagai satu keistimewaan tapi satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau, dalam menyampaikan sekalung tahniah kepada Abang Johari, berkata ini kerana rakyat Sarawak amat dahagakan terjemahan pelaksanaan akujanji Barisan Nasional (BN) yang dibuat semasa kempen pilihan raya sebelum ini.

“Saya akan bantu Yang Amat Berhormat Datuk Amar dalam menterjemahkan pelaksanaan akujanji-akujanji itu yang turut diperakui kerajaan pusat, dan akan bantu Perdana Menteri memantau akujanji-akujanji berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Gabenor Wilayah Yunnan, Ruan Chengfa di Hotel Haigen Garden di sini hari ini.

Katanya, beliau berharap seluruh rakyat Sarawak akan memberi sokongan padu kepada kepimpinan Abang Johari, yang menurutnya merupakan satu kesinambungan kepada kepimpinan cemerlang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Zahid berkata secara peribadi beliau mengenai Abang Johari semasa dalam barisan kepimpinan Pemuda BN sekitar 1980-an dan beliau mengenalinya bukan hanya sebagai kenalan politik sahaja, tetapi juga sebagai sahabat.

“Kami mempunyai fikrah atau fikiran yang kami kongsi bersama dalam aspek politik, dan juga pegangan falsafah kami, sebagai insan yang mahu melihat negeri dan negara terus dimakmurkan,” katanya.

Katanya, beliau yakin dengan keakraban hubungan parti komponen BN dapat terus menyokong kepimpinan baharu Sarawak itu.

“Saya yakin dia akan mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan dalam BN dan juga kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Ahamd Zahid tiba di sini dari Beijing pagi ini bagi meneruskan rangka lawatan kerja enam hari ke China. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun OpengDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd