• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Perkenal Jersi Baru Musim 2017/2018

oleh Ahmad Albab
13/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan jersi baharu bagi kempen Liga Malaysia musim 2017/2018 selepas menjalinkan kerjasama dengan Nike Malaysia.

Kerjasama tiga tahun itu merangkumi empat pasukan di bawah naungan Harimau Selatan iaitu JDT I untuk saingan Liga Super, JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV bagi perlawanan Liga Belia.

Diinpirasikan dengan warna bendera negeri Johor, rekaan jersi kit pada musim ini didatangkan dengan tiga warna iaitu jersi tuan rumah berwarna biru, jersi di gelanggang lawan berwarna merah dan jersi alternatif berwarna hitam.

Turut diperkenalkan, jersi khas bewarna biru gelap berbelang hitam yang direka khas sempena kejayaan pasukan Harimau Selatan menjuarai Liga Super tiga tahun berturut turut.

Majlis pelancaran jersi berkenaan dirasmikan oleh Naib Presiden 1 JDT, Datuk Zulkurnain Kamisan sambil disaksikan oleh ribuan penyokong di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

jdt

jdt1

jdt2

jdt3

Sementara itu, Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata kerjasama berkenaan mencerminkan bahawa Nike memiliki semangat kesukanan yang sama tinggi seperti pasukan JDT.

“Kita juga mempunyai keyakinan yang tinggi dengan teknologi dan inovasi yang ditawarkan oleh Nike dalam membantu meningkatkan prestasi pemain yang sudah sememangnya berbakat,” katanya kenyataan sempena pelancaran jersi itu.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo berkata penajaan ini adalah bukti kesungguhan jenama Nike dalam menyokong atlet tempatan dan semangat kesukanan.

Jersi baharu JDT ini boleh didapati di kedai sukan Al-Ikhsan terpilih bermula Februari depan pada harga RM139.

Ini merupakan kali kedua JDT menjalinkan kerjasama bersama Nike selepas 2015. Sebelum ini, JDT ditaja oleh syarikat barangan sukan dari Jerman, Adidas. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd