• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Khas Haji Tidak Dibiayai Dengan Wang Curi

oleh AK-47
10/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad berkata Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB dibiayai dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada operasi perniagaan secara sah.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB menafikan program itu ditaja dengan wang ‘curi’ seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sambil menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan satu lagi pembohongan oleh Dr. Mahathir, 1MDB berkata dana berkenaan dijana melalui operasi perniagaan sah, dahulunya dalam pengeluaran tenaga, dan terbaru melalui projek pembangunan hartanah.

“Dana yang dijana melalui operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang kemudian menggunakannya bagi menaja Program Khas Haji.

“Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB menaja kerja amal bernilai lebih kurang RM690 juta di seluruh Malaysia dan bagi semua rakyat Malaysia, melaksanakan kira-kira 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat.

“Projek seperti ini memberi kesan terhadap kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, contoh aktiviti yang dilaksanakan boleh didapati dalam laman sesawang 1MDB, daripada Geran Dana PIBG, Geran Akademik untuk pelajar SPM/STPM, hinggalah kepada Geran Akademik bagi Pusat Sri Murugan dan Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu serta Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

1MDB berkata yayasan itu juga menyokong program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam, yang menyediakan penajaan kepada lebih 600 rakyat Malaysia daripada semua kaum. – BERNAMA

Tags: 1MDBHajitajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd