• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Financial Times Ramalkan PM Najib Menang PRU Ke 14

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASUKAN Penyelidikan Sulit Financial Times menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di landasan yang betul untuk mengekalkan cengkaman kuasanya.

Cabang penyelidikan akhbar ekonomi antarabangsa Financial Times itu juga percaya bahawa persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini dicabar di mahkamah akan siap menjelang akhir suku kedua.

“Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun terpalit dengan skandal rasuah 1MDB.

“Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang yang berpecah bermakna peluang untuk perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia,” katanya dalam satu kertas penyelidikan.

Menurut pasukan penyelidikan itu, Najib juga akan mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara Pakatan Harapan dan PAS.

Najib sebelum ini membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, tetapi tarikh sebenar masih menjadi misteri, sama seperti apa yang berlaku sebelum pilihan raya umum tahun 2013.

Perdana Menteri juga menafikan beliau menyalahgunakan dana 1MDB dan mendakwa tuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menjatuhkannya.

Ramalan PRU-14 adalah sebahagian daripada laporan pasukan penyelidikan FT mengenai kaji selidik sentimen ekonomi dan politik di kalangan 1,000 responden di Malaysia. – bicara.news

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd