• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derita Ibu Sakit Kanser Mulut Mula Dapat Perhatian

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Pelbagai bentuk bantuan mula dihulurkan kepada Zarina Jusoh, 45, yang menderita kanser mulut tahap empat, di sini sejak kisahnya dipaparkan media semalam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah bantuan bulanan dari RM200 kepada RM300; Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim tampil memberi bantuan sebanyak RM300 sebulan selama setahun termasuk bantuan susu khas untuk ibu lima orang anak itu.

Abdul Azeez berkata, pejabat parlimennya akan juga menyegerakan proses permohonan rumah ibu tersebut memandangkan rumah yang diduduki di Kampung Lalang, Mukim Siong sekarang disewa.

“Di samping itu, kita juga akan pastikan pengangkutan untuknya pergi mendapatkan rawatan di Institut Perubatan Pergigian Termaju (IPPT) di Bertam, Pulau Pinang disediakan,” katanya.

Zarina sebelum ini menjalani pembedahan di rahang kanan sebanyak tiga kali tetapi keadaan masih tidak berubah, malah kanser itu semakin membesar.

Menurut ibu itu, kanser mula menyerangnya lima tahun lalu.

Ia bermula dengan benjolan kecil di bawah rahang kanannya dan semakin lama semakin membesar.

Zarina mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Baling, dan kesnya itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Ibu itu terpaksa menjalani tiga kali pembedahan bermula pada 2014, dan doktor terpaksa membuang tulang rahangnya kerana bimbang kanser itu menjangkiti otaknya.

Zarina berkata, pembedahan itu tidak memberi kesan kepada penyakitnya kerana setiap kali pembedahan membuang tumor dilakukan, ia membesar semula selepas empat bulan.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank 2-00-5151-00015886-0 atas nama Abdullah Ahmad atau hubungi mereka di talian 019-5072796. – BERNAMA

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd