• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Panik Dipindahkan Dengan Traktor Dalam Banjir

oleh AK-47
04/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Banjir yang melanda perkarangan Sekolah Kebangsaan Padang Kubu di sini hari ini cukup mencemaskan guru, Arizuddin Abdul Wahab, 36, yang baru dua hari ditugaskan ke sekolah itu.

Baginya, pengalaman dipindahkan dari kawasan banjir menaiki traktor amat mendebarkan.

“Selepas pelajar dipindahkan, kami pula dibawa keluar menggunakan traktor serta landrover oleh pegawai polis.

“Masa naik traktor mengharung air tu, memang agak mendebarkan.

“Saya tak pernah berdepan dengan situasi ini,” katanya.

“Saya baru sahaja melapor diri di sekolah ini, tak sangka pula akan berdepan dengan banjir hari ini.

“Awalnya agak panik, tapi keadaan agak teratur sebab warga sekolah ini sudah biasa berhadapan dengan situasi banjir,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Kampung Padang Kubu di sini.

Arizuddin yang berasal dari Jerteh, Besut berkata beliau dan guru-guru lain yang tinggal di kuarters sekolah tersebut dikejutkan oleh pengawal sekolah kira-kira pukul 4 pagi.

Mereka diberitahu air sungai berhampiran sekolah tersebut mula melimpah dan memasuki kawasan sekolah dan kuarters guru.

“Saya dan guru-guru lain kemudiannya memindahkan pelajar yang tinggal di asrama ke bangunan yang lebih tinggi sebelum pihak polis datang untuk memindahkan mereka ke balai raya,” katanya.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut, Rafidah Setapha berkata sesi persekolahan juga terpaksa dibatalkan setelah air memasuki kawasan sekolah hingga 0.5 meter.

“Air naik dengan agak laju…dalam beberapa jam sahaja sekolah kami digenangi air. Tetapi kami sempat mengangkat barang-barang dalam bilik darjah ke tempat lebih tinggi.

“Semua warga sekolah termasuk keluarga guru yang tinggal di kuarters juga dipindahkan dengan bantuan polis,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sebanyak lima pusat pemindahan kembali dibuka di daerah tersebut sejak awal pagi tadi.

“Pusat pemindahan yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Batu 9 di Ibok, Balai Raya JKKK Kampung Padang Kubu, Berek Pegawai Padang Kubu, Ladang Jerneh Sungai Mas, dan Masjid Sungai Mas.

“Setakat pukul 1 tengah hari, seramai 71 mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan selepas kawasan rumah mereka dinaiki air,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd