• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Panjat Kren: Sycal Ventures Buat Laporan Polis

oleh Ahmad Albab
02/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Aksi ngeri seorang remaja memanjat kren setinggi kira-kira 30 meter (90 kaki) di tapak pembinaan sebuah bangunan berhampiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini beberapa hari lalu mencetuskan kontroversi.

Aksi remaja lelaki itu dirakam sendiri olehnya dengan memasang kamera dipercayai ‘GoPro’ di badannya.

Syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah berkenaan Sycal Ventures Berhad membuat laporan polis berhubung kejadian itu pagi ini.

Pengurus Besarnya, Mohd Pauzi Mat Isa berkata beliau hanya menyedari kejadian itu bila terlihat video berkenaan di YouTube.

Video: Aksi Berani Remaja Panjat Kren Pula Jadi Viral

“Pengawal keselamatan di tapak projek itu juga akan disiasat,” kata Mohd Pauzi ketika dihubungi.

Video berdurasi 1 minit 22 saat itu menunjukkan remaja itu merakam aksi memanjat kren digunakan untuk pembinaan bangunan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

Sebelum ini, viral gambar dan video aksi sekumpulan remaja lelaki dan perempuan memanjat papan tanda ‘IPOH’ di sini turut tersebar.

Remaja itu dirakam berbaring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka tiang papan tanda itu.

Laporan polis juga dibuat berhubung kejadian itu.

Polis berkata, kejadian disiasat di bawah seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: panjat krenviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd