• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Sekatan Media Di Perak,” Kata Zambry

oleh Ahmad Albab
02/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak tidak pernah menyekat mana-mana organisasi media daripada membuat liputan di negeri itu walaupun jika ia membuat laporan yang tidak memihak kepada kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata ini kerana pihak kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar ‘mengajar pihak media apa yang perlu dilaporkan atau berita yang tidak perlu ditulis atau disiarkan’.

Katanya pihaknya sentiasa menghargai kerjasama daripada pihak media yang memberi liputan mengenai isu semasa atau perkara yang berkaitan dengan Perak sekali gus dapat membantu kerajaan negeri mentadbir dengan lebih baik.

“Walaupun ada di antara media melaporkan berita yang negatif, kami tidak pernah menghalang wartawan daripada membuat liputan kerana inilah demokrasi yang kami sentiasa amalkan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Malam Media Perak 2016 anjuran Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) yang dihadiri kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi, di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Zambry turut menyempurnakan gimik pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 inisiatif PPMP.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zakaria Abd Wahab dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak. – BERNAMA

Tags: mediaPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd