• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Jual Juan Martin Lucero RM11.5 juta

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tawaran bernilai RM11.5 juta untuk pemain ini amat istimewa dan sukar untuk kami menolaknya.”

Demikian kenyataan ringkas Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez mengenai penjualan penyerang importnya, Juan Martin Lucero.

Justeru, katanya, beliau dan pasukan JDT mengucapkan terima kasih kepada Lucero diatas jasa beliau membantu kejayaan JDT selama ini.

“Selamat maju jaya buat Lucero,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.

Mynewshub pada 12 November lalu melaporkan JDT membelanjakan 1.4 juta USD atau kira-kira RM6 juta sewaktu mahu mendapatkan Lucero.

Lucero yang masih muda dan beraksi cemerlang membantu JDT mengharungi Liga Malaysia dan kejohanan antarabangsa itu kini bernilai 2.4 juta euro atau kira-kira RM11.49 juta.

Beberapa hari lalu, JDT memberi bayangan untuk melepaskan Lucero kepada sebuah kelab Mexico yang berminat mendapatkan khidmat penyerang import dari Argentina itu.

Sementara itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini bertitah, Lucero merupakan pemain yang bagus dan JDT sentiasa membuka pintu kepada beliau untuk kembali bersama pasukan itu.

“Saya bangga memiliki dua pemain menggunakan jersi bernombor 19 di dalam kelab ini yang cukup istimewa seperti beliau dan Luciano Figueroa. Jasa dan bakti mereka berdua memberi impak yang amat besar buat kelab,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakJDTJuan Martin Lucero
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd