• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Gas Bocor Gegarkan London

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas  beratus-ratus pelanggang Hotel Hyatt Regency Churchill di sini dikerahkan supaya meninggalkan bangunan itu, lewat malam Sabtu.

Pasukan perkhidmatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 mengalami kecederaan.

Portal berita Wall Street Journal melaporkan, kesemua mangsa dibawa ke hospital selepas letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian bawah tanah dan tingkat bawah.

“Kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu,” demikian menurut pasukan bomba di bandar raya ini.

Susulan kejadian itu, pelanggan yang tidak mengalami sebarang kecederaaan ditempatkan di hotel berhampiran.

Menurut laporan itu, enam jentera bomba bersama 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengendalikan situasi tersebut dan punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

Ketika ini, pihak bomba juga sedang menilai kerosakan yang dialami bangunan berkenaan. – mStar

Tags: letupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd