• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Punca Letupan Lombong Arang Batu Belum Dapat Dilakukan

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Kerja-kerja menyiasat punca sebenar kejadian letupan lombong arang batu di Pantu, dekat sini masih belum dapat dilakukan setakat 6.30 petang tadi.

Ketua Balai Bomba Sri Aman, Ranger Moos berkata ini kerana pasukan operasi dan forensik kebakaran Bomba perlu mendapatkan pengesahan keselamatan daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) sebelum boleh memasuki terowong lombong berkenaan.

“Hazmat perlu terlebih dahulu masuk ke dalam terowong berkenaan bagi memastikan tiada sebarang kebocoron gas atau menentukan jenis gas yang bocor di dalam terowong, selain memastikan keadaan selamat untuk dimasuki sebelum pasukan forensik dapat melakukan kerja-kerja siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi  kejadian, hari ini.

[BACA: 3 Maut, 26 Cedera Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak]

Ranger berkata selain itu, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan daripada jurutera syarikat lombong arang batu berkenaan sama ada struktur terowong terjejas atau tidak disebabkan letupan yang berlaku itu.

“Hazmat dijangka tiba di lokasi petang ini. Jadi, buat sementara waktu pasukan operasi bomba akan memantau lokasi kejadian dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam terowong itu,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati bomba masih mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu daripada penyelia lombong berkenaan.

Turut berada di lokasi kejadian ialah pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Sarawak.

Ranger berkata bomba dimaklumkan oleh penyelia berkenaan bahawa terdapat terdapat 119 pekerja termasuk warga China (15), Myanmar (29), Indonesia (19), Bangladesh (10) dan Korea Utara (46) yang bekerja di lombong berkenaan.

“Penyelia juga mengesahkan ketika kejadian, hanya 27 orang pekerja yang masuk ke dalam terowong lombong berkenaan,” katanya.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebakaran gas dan letupan di terowong itu.

“Ketika kejadian, 27 pekerja itu berada pada jarak 450 meter di dalam terowong,” katanya.

Terowong berkenaan adalah sepanjang 700 meter. – BERNAMA

Tags: Bombamaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd