• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Duit Tabung Surau Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Kegiatan seorang lelaki menggunakan mesin pencanai untuk memotong mangga tabung sebuah surau di Puncak Alam, di sini, 16 Disember lalu terbongkar selepas wajahnya sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Kejadian jam 8.30 pagi itu disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau berkenaan ketika memeriksa keadaan dalam surau sebelum mendapati tabung besi yang diletakkan di tiang dipecahkan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, lelaki itu kemudian memeriksa rakaman CCTV yang dipasang dalam surau berkenaan.

“Pemeriksaan itu mendapati seorang lelaki masuk ke dalam surau dengan memegang gergaji besi dan cuba memotong kunci mangga pada peti besi berkenaan.

“Suspek turut menceroboh sebuah bilik di surau berkenaan untuk mencari sesuatu. Beberapa minit kemudian, suspek keluar dari surau dan masuk semula dengan membawa mesin pencanai untuk memotong mangga,” katanya.

Sebaik memotong mangga berkenaan, suspek mengeluarkan sejumlah wang tunai dianggarkan RM400 dari tabung berkenaan.

Rakaman CCTV berdurasi dua minit menunjukkan lelaki itu menggunakan mesin pencanai kini menjadi tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Abdul Aziz berkata, susulan kejadian itu, polis menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 32 tahun di kediaman mereka di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, kelmarin pada jam 11 malam bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan keterangan suspek, mereka mengaku menggunakan wang hasil curi tabung surau bagi menampung perbelanjaan harian.

“Malah, suspek mengaku pernah melakukan kegiatan sama di beberapa lokasi membabitkan tujuh kes di Shah Alam, Gombak serta Rawang, Selangor dan Melaka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan. – myMetro Online

Tags: lelakipencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd