• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipukul, Kereta Dirosakkan Sebab Silap Parkir

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang jurujual dipukul gara-gara kereta yang diletakkannya menghalang sebuah kereta lain di hadapan sebuah restoran di Taman Sin Hoe di Bukit Baru di sini, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Kamaluddin Kassim berkata jurujual lelaki berusia 26 tahun itu dipukul dua suspek lelaki dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu.

Beliau berkata mangsa memakir keretanya di belakang kereta suspek dan meninggalkannya untuk membeli makanan, namun ketika kembali ke keretanya mangsa dipukul bertubi-tubi oleh suspek.

“Mangsa dipukul sebaik tiba di keretanya kerana dikatakan lambat alihkan keretanya walaupun hon telah dibunyikan (suspek) berkali-kali dan rakan suspek kemudian turun daripada kereta dan turut memukul mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya mangsa yang hendak beredar kemudian terlanggar belakang kereta suspek dan pergaduhan kali kedua berlaku menyebabkan suspek merosakkan bumbung, cermin hadapan, lampu hadapan kanan dan bumper kiri kereta mangsa.

Beliau berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 35 tahun ditahan di sekitar daerah Melaka Tengah pada 8.30 malam hari sama untuk siasatan di bawah Seksyen 323/506/427 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: ACP Kamaluddin Kassimdipukuljurujual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd