• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

oleh Mohd Arshad
19/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh 12 pelajar pada Ahad lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin bagaimanapun tidak menjelaskan isu yang mencetuskan insiden di kolej kediaman mangsa yang berusia 20 tahun itu.

Katanya, hasil pemeriksaan perubatan mendapati tiada sebarang kecederaan organ dalaman atau patah tulang pada mangsa selain lebam.

“Mangsa dirawat di wad biasa dan pemantauan ke atas beliau masih diteruskan dan keadaannya stabil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Media semalam melaporkan 12 pelajar instiut pengajian tinggi awam (PTA) di sini, ditahan selepas disyaki memukul seorang pelajar lain secara bergilir-gilir di kolej kediaman mangsa pada Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail dipetik berkata semua suspek pelajar lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun itu ditahan jam 6 petang kelmarin.

Katanya, senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut dirampas manakala semua penuntut itu direman hingga Sabtu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

UMT dalam satu kenyataan semalam menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada polis sekali gus akan menunggu hasil siasatan kes berkenaan.

Menurut Pejabat Komunikasi Korporat UMT, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman dan menegaskan setiap pelajar perlu sentiasa mematuhi Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib Pelajar) 2024.

“UMT mengesahkan terdapat laporan salah laku pelajar yang dibuat kepada pihak polis semalam. UMT menzahirkan rasa dukacita dan memandang serius atas insiden ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata setakat ini tiada tangkapan baharu dilakukan.

Dalam masa sama beliau turut menasihatkan pelajar yang berada di pusat pengajian tinggi atau sekolah untuk tidak melakukan kekerasan jenayah kepada pelajar-pelajar yang lain.

“Jika didapati bersalah, mereka akan dihadapkan ke mahkamah dan pihak universiti akan ambil tindakan juga. Polis akan ambil tindakan berlandaskan undang-undang yang ada,” katanya.

BHonline-

Tags: dipukulPelajar UMT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

Dr Mahathir Beri Keterangan Kepada Polis

Wanita OKU Maut Dipukul, Banyak Kecederaan Baharu Dan Lama Ditemui

23/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis menemukan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan wanita lembam yang maut dipercayai dipukul, selain ditekap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd