• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Apungan Terkawal Jika Harga Minyak Mentah AS$80 Ke Bawah

oleh AK-47
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaedah pengapungan terkawal dijangka diguna pakai bagi penetapan harga petrol RON95 dan diesel setiap bulan selagi harga minyak dunia berada pada paras AS$80 setong ke bawah.

Penurunan harga minyak dunia sekarang ini sudah sampai tahap bawah garisan subsidi RM2.30 seliter RON95, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Sehingga semalam, harga kontrak hadapan minyak West Texas berada pada paras AS$76.28 setong bagi penghantaran Januari tahun depan manakala minyak mentah Brent North pada AS$79.64 setong bagi penghantaran sama.

BACA – TERKINI : Harga RON95 Dan Diesel Ikut Kaedah ‘Manage Float’

Sehubungan itu, katanya, kerajaan memutuskan mulai 1 Dis ini, penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Harga purata RON95 dari 1 Nov hingga 19 Nov berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM), turun kepada RM2.27 seliter yang mana ia lebih rendah berbanding harga runcit RM2.30 seliter ketika ini.

Ditanya sama ada kaedah pengapungan terkawal ini akan dihentikan sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, Ahmad berkata kaedah ini akan berlangsung buat seketika.

Namun sekiranya harga minyak dunia meningkat melepasi AS$80 setong, Ahmad berpendapat rasionalisasi subsidi perlu dilakukan.

Ahmad berkata rasionalisasi subsidi itu tidak bermaksud berbalik semula kepada kaedah pemberian subsidi bahan api menyeluruh sedia ada tetapi ia lebih bersasar.

“Ia kemungkinan termasuk memperkenalkan kaedah pemberian subsidi berdasarkan jumlah pendapatan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata kaedah pengapungan terkawal bagi RON95 ini memberi kebaikan kepada kerajaan kerana ia tidak lagi menanggung subsidi.

“Peruntukan subsidi itu boleh diserah semula kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, pada tahun lepas kerajaan telah menanggung subsidi purata 74 sen seliter setahun bagi RON95 dan diesel 76 sen seliter setahun, bagi kira-kira 23 juta kenderaan.

“Jumlah subsidi bahan api pada tahun lepas adalah RM23.5 bilion atau kira-kira RM2 bilion sebulan. Pada tahun ini subsidi bahan api berkurangan sekitar RM19 bilion.

“Ia berkurang dalam dua bulan terakhir tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia yang menurun. Harga minyak mentah dunia berada pada AS$100 hingga AS$120 setong sejak sekian lama,” katanya.

Beliau juga berharap peniaga, pemborong dan pengilang bertanggungjawab untuk menurunkan harga barang seiring penurunan harga bahan api.

“Kerajaan tidak harus terus dipersalahkan kerana mengakibatkan kenaikan harga barang sedangkan pihak yang harus dipertanggungjawabkan adalah peniaga, pemborong dan pengilang ini,” katanya. - BERNAMA

Tags: DieselRON95
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd