• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebut Hadiah Krismas, Pembeli Kecoh Berantakan

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Hanya kerana hadiah, satu pergaduhan tercetus melibatkan sekumpulan enam pembeli di sebuah pasar raya Jerman di England kira- kira pukul satu tengah hari waktu tempatan semalam.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, insiden itu tercetus gara-gara mereka berebutkan hadiah Krismas memandangkan perayaan itu bakal menjelang minggu hadapan yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.

Klip berdurasi 51 saat itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang warga tempatan yang kebetulan berada di tempat kejadian di Hanley, Stoke-on -Trent, Staffordshires.

Rebut Hadiah Krismas, Pembeli Kecoh Berantakan

Rebut Hadiah Krismas, Pembeli Kecoh Berantakan

Di dalam klip itu, seorang lelaki memakai jaket biru, hitam dan putih, seluar krim berserta topi hitam dilihat melarikan diri dari anggota polis sebelum berjaya ditangkap oleh orang awam.

Suspek dan beberapa anggota polis kemudiannya bergelut di hadapan sebuah gerai jualan bunga dan pokok Krismas sebelum berjaya ditumpaskan.

Menerusi video itu juga, kedengaran kanak-kanak menangis akibat ketakutan melihat pergelutan antara ramai suspek dan pasukan polis.

Salah seorang saksi kejadian itu, Gary Dawson, 45; seorang pemandu lori memberitahu: “Ia adalah pergaduhan beramai- ramai. Orang ramai menjerit dan yang lain-lain semuanya melihat dengan terkejut.

“Saya mendengar beberapa kanak-kanak menangis kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku.”

Manakala Surina Kev Ainsworth pula berkata: “Menjijikkan! Sepatutnya Krismas menjadi hari yang baik.

“Semua kanak-kanak cuti sekolah, keluarga bersiar-siar dan ini yang berlaku…sebab itulah kenapa kebanyakan ibu bapa dan orang ramai tidak gemar berkunjung ke bandar sejak akhir-akhir ini.”

Pihak polis Staffordshire mengesahkan ada menerima panggilan berhubung kejadian itu dan dua orang lelaki yang terlibat telah ditahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hadiahkrismasperayaanpergaduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd