• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amah Cedera Didera Pengsan Tepi Longkang

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAHLAH didera hingga lebam satu muka, seorang pembantu rumah dibiarkan terbaring di tepi longkang di sebuah kawasan perumahan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Remaja perempuan berusia 19 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan cedera parah oleh pengawal keselamatan di Jalan PJU 7/30 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh seorang wanita yang juga penduduk di kawasan berhampiran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mendakwa didera majikannya yang tinggal di satu unit kediaman di kawasan dia ditemui.

“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut susulan kecederaannya yang agak serius.”

Sementara itu, wanita yang membantu mangsa dikenali sebagai Puan Tai berkata mengetahui kejadian tersebut melalui pembantu rumahnya.

Menurutnya, terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera teruk di muka, telinga, leher dan belakang badannya dipenuhi darah sebelum membawa mangsa ke klinik dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara.

Difahamkan, majikan yang mendera mangsa sudah dikenal pasti dan ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Suspek wanita berusia 43 tahun itu dilaporkan serah diri kira-kira jam 10.30 malam di Balai Polis Mutiara Damansara, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Deramajikanpembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd