• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

oleh Mohd Arshad
12/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai Po, selepas dipercayai menghabiskan detik-detik terakhir hidupnya melindungi bayi majikannya.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), mangsa dikenali sebagai Erawati, 39, berasal dari Jawa Timur dan bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong.

Ketika kebakaran berlaku, Erawati sempat membuat panggilan video terakhir kepada suaminya sekitar jam 7 malam.

Dalam panggilan penuh emosi itu, dia dilaporkan berkata bahawa dia sukar bernafas, bimbang tidak akan selamat, dan sempat meminta suami serta keluarganya memaafkannya.

Rakan mangsa yang berkongsi penghormatan terakhir di media sosial berkata, Erawati ditemui meninggal dunia dalam keadaan memeluk bayi majikannya, yang berjaya diselamatkan.

Tindakan beraninya itu menerima penghargaan ramai, yang menyifatkannya sebagai seorang wira sebenar.

Suaminya yang tinggal di Jawa Timur kemudian mengesahkan identiti Erawati menerusi rakaman video insiden yang tular.

Tragedi itu mencetuskan rasa sebak dan penghargaan terhadap pengorbanan Erawati, yang dilaporkan berusaha menyelamatkan anak majikannya sehingga ke saat akhir.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi kehilangan besar ini. – Mynewshub

Tags: Hong Kongpembantu rumah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd