• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Siasat Lambakan Beras Import

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan berhubung berlakunya lambakan beras import sehingga menyebabkan harga beras tempatan terjejas.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu perlu disiasat walaupun harga pasaran beras antarabangsa ketika ini telah jatuh dan kos mengimport sudah berkurangan.

“Apabila harga jatuh maknanya kos mengimport juga sudah berkurangan, maka kita boleh jual murah daripada dulu, bagaimanapun sekiranya perkara ini berlaku ia akan menjejaskan beras tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pesawah Daerah Kerian di Dewan Serbaguna Batu Lima di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pihak kementerian akan mengurangkan kuota beras import, Tajuddin berkata kerajaan tidak pernah meletakkan kuota sebaliknya akan mengimport bergantung kepada keperluan negara.

“Secara purata kita akan import 900 tan metrik setahun kalau bekalan dalam negara sudah banyak jadi tidak perlulah kita import amaun yang sama. Kita akan bagi tahu Bernas (Padiberas Nasional Bhd) untuk kurangkan 500 ke 600 tan metrik jika betul ada lambakan seperti yang didakwa,” katanya.

Mengenai masalah saliran air yang didakwa boleh menjejaskan hasil tanaman padi di kawasan berkenaan, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat kementerian bagi mengenal pasti punca berlaku masalah itu. – BERNAMA

Tags: Beras ImportDatuk Seri Tajuddin Abdul RahmanKementerian Pertanian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Rayuan Putuskan Guan Eng Tidak Boleh Saman

Next Post

Bekalan Air Pulih Di Kawasan Zon 1 – SYABAS

Related Posts

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

07/12/2024
0

BUTTERWORTH - Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk...

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

03/03/2024
0

KOTA BHARU - Beras import seberat lima kilogram yang dijual pada harga RM9.90 licin dalam masa 15 minit pada Ahad....

Next Post

Bekalan Air Pulih Di Kawasan Zon 1 - SYABAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd