Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

BN, Najib Miliki Kelebihan...

KUALA LUMPUR - Parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri...

1,140kg Minyak Masak Dirampas,...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas sebanyak...

Desakan Letak Jawatan Isu...

KEPALA BATAS – Mahathir yang sekarang bukan Mahathir yang dulu…. Pemerhati Politik, Azizi Safar...

106 Serbuan, 108 Individu...

KOTA KINABALU - Polis di sini terus memperhebatkan usaha membanteras kegiatan perjudian haram...

Kementerian Siasat Lambakan Beras Import

PARIT BUNTAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan berhubung berlakunya lambakan beras import sehingga menyebabkan harga beras tempatan terjejas.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu perlu disiasat walaupun harga pasaran beras antarabangsa ketika ini telah jatuh dan kos mengimport sudah berkurangan.

“Apabila harga jatuh maknanya kos mengimport juga sudah berkurangan, maka kita boleh jual murah daripada dulu, bagaimanapun sekiranya perkara ini berlaku ia akan menjejaskan beras tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pesawah Daerah Kerian di Dewan Serbaguna Batu Lima di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pihak kementerian akan mengurangkan kuota beras import, Tajuddin berkata kerajaan tidak pernah meletakkan kuota sebaliknya akan mengimport bergantung kepada keperluan negara.


“Secara purata kita akan import 900 tan metrik setahun kalau bekalan dalam negara sudah banyak jadi tidak perlulah kita import amaun yang sama. Kita akan bagi tahu Bernas (Padiberas Nasional Bhd) untuk kurangkan 500 ke 600 tan metrik jika betul ada lambakan seperti yang didakwa,” katanya.

Mengenai masalah saliran air yang didakwa boleh menjejaskan hasil tanaman padi di kawasan berkenaan, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat kementerian bagi mengenal pasti punca berlaku masalah itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori