Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pengantin Yang Melarikan Diri...

Ikatan perkahwinan hanya wujud atas kerelaan hati pasangan baik bakal suami mahu pun isteri untuk...

Isteri Beri Hadiah Hari...

CHINA – Ia merupakan hadiah Hari Kekasih yang tidak ternilai kepada Li Fangdong,...

Aisyah Tak Mahu Tumpang...

PETALING JAYA - Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Aishah Azizi...

Kerajaan Cadang Wujud Akta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan...

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

BUTTERWORTH – Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anwar berkata, kerajaan Persekutuan komited dalam meringankan beban rakyat khususnya dalam memastikan barangan keperluan asas ditawarkan pada harga yang rendah.

“Mereka (India) bersetuju menjual beras dengan harga lebih murah. Kita berharap langkah ini dapat meringankan beban masyarakat,” kata beliau dalam ucapan semasa Majlis Peluncuran Jualan Termurah Madani di Kampung Masjid Timah di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, penganjuran program jualan murah mampu menjadi persaingan yang sihat sekali gus memberi tekanan kepada harga pasaran supaya dapat diturunkan.

Perdana Menteri berkata, Jualan Termurah Madani yang berlangsung sehari itu menawarkan 1,000 ekor ayam dan 200 kampit beras secara percuma kepada pengunjung.


Selain itu, beliau berkata, pengunjung juga boleh membeli ikan segar yang harganya dijamin lebih murah daripada pasaran kerana ia diambil terus daripada kapal nelayan.

“Ikan segar boleh didapati dengan harga murah jika diperoleh secara langsung daripada nelayan tanpa orang tengah, sebab itu kita galakkan para nelayan untuk menggunakan aplikasi berkaitan supaya orang ramai boleh beli secara langsung daripada mereka sekali gus mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran,” kata beliau.

Anwar turut meluangkan masa kira-kira 30 minit pada program itu sambil menyantuni peniaga dan pengunjung yang hadir.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori