• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’ .. Lilit Warna Di Lengan

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang melafazkan perkataan ‘al-madad Ya Rasulullah’ yang membawa pengertian ‘mohon bantuan Ya Rasulullah’, adalah HARAM.

Dr Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya

Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, kajian Jabatan Mufti mendapati tidak ada makna lain bagi kalimah itu selain membawa maksud memohon bantuan daripada Nabi Muhammad SAW.

Ujarnya, ia merupakan salah satu bentuk doa (al-istighathah) yang tidak dibenarkan dalam Islam, malah nas terdapat dalam Al-Quran melarang umatnya meminta bantuan daripada individu yang telah meninggal dunia, termasuk baginda Rasulullah.

“Jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat, antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis.

Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan.”

Beliau juga menyeru agar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melakukan penyelidikan terhadap ungkapan tersebut bagi mengelakkan umat Islam tertipu, lantas tidak sedar mereka telah melakukan perbuatan syirik.

Bukan itu sahaja, jawatankuasa negeri itu juga meminta supaya anggota beruniform agar tidak mengenakan lilitan hitam atau apa-apa warna pada lengan kerana ia bercanggah dengan Islam.

Menurut Dr Juanda, perbuatan yang sering dilakukan ketika kematian itu jelas merupakan salah satu budaya orang bukan Islam.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” ujarnya.

Beliau menggesa agar langkah drastik diambil pihak bertanggungjawab kerana ia dilihat sering diaplikasikan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung, kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AgamaislamMuftiPerlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd