• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadual Akhir Sukan SEA Dimuktamadkan Julai Depan

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jadual akhir pertandingan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada Julai tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jadual itu hanya akan dimuktamadkan apabila jawatankuasa pengelola menerima senarai penuh penyertaan daripada negara-negara peserta.

“Jawatankuasa pengelola temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 telah memainkan peranan penting dalam menyediakan cadangan awal jadual pertandingan dengan mengambil kira penyertaan dan sasaran pingat atlet-atlet negara,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Khairy menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad yang ingin tahu persediaan atlet negara dalam menghadapi temasya sukan itu.

Jelas Khairy, jawatankuasa itu juga telah bermesyuarat sebanyak lima kali bagi memantau 18 jawatankuasa kecil yang diberikan tugas dan peranan yang penting dalam merealisasikan penganjuran terbaik Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah dalam Sukan SEA ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September 2017. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd