• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Revolusi Jasmin & Musnahnya Aleppo

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS dua hari Aleppo diserang jet pejuang Rusia dan disusuli serangan tembakan meriam darat Tentera Syria berita pejuang Syrian Liberation Army (SLA) menyerah kalah sudah dilaporkan.

Tempo.com media online Amerika Syarikat menyiarkan pengakuan kumpulan pejuang Churkin yang menyokong SLA, mengaku kalah dan meminta ihsan Presiden Bashar supaya dibenarkan berundur pada 14 Disember.

Sejak Julai 2012, lebih 31 ribu kematian dikaitkan dengan perang saudara di Syria. Manakala empat juta orang menjadi pelarian.

PBB pula melaporkan, sejak serangan ke atas Aleppo pada 13 Disember lalu, hampir 50 nyawa terbunuh setiap hari.

Angka penduduk Aleppo yang terperangkap dalam perang ini dilaporkan sekitar 50 ribu orang. Perisik Turki pula menganggarkan 100 ribu orang.

Selain serangan bom besar-besarkan, serangan mutakhir ke atas Aleppo yang kini sudah genap seminggu turut dicemari dengan dakwaan penggunaan bom kimia oleh kedua-dua pihak.

Rusia pula memaklumkan, pada Selasa lalu perang selama lebih empat tahun di Aleppo, bandar raya terbesar di Syria, sudah berakhir.

Saki-baki pejuang pemberontak sudah menyerah kalah dan bersetuju menyerahkan wilayah mereka kepada kerajaan Syria.

SLA sejak kebelakangan ini sudah hampir tidak wujud. Tahap sokongan Barat dan sekutunya termasuk Turki, Arab Saudi dan Qatar merosot dengan teruk.

SLA yang kepimpinannya berpusat di Turki, dilihat tidak mampu lagi menewaskan Bashar. Selain itu, kewujudan Daesh yang dilihat berpusat di Syria turut menyebabkan sekutu Barat mengubah sokongan.

Sebarang bentuk serangan ketenteraan sekutu Barat terhadap Bashar akan memberi lebih banyak ruang pada Daesh meluaskan wilayah negara khalifahnya.

Barat kini lebih fokus untuk menghapuskan Daesh kerana sedar gerakan pengganas itu kini mengalih pusat operasinya dari Mosul di Iraq ke Raqqa di Syria. Daesh pula berjaya menjadikan Syria sebagai pusat melancarkan arahan serangan ganas ke lokasi strategik sekutu Barat.

Apabila minat Barat terhadap usaha menjatuhkan Bashar bukan lagi keutamaan, SLA hilang penaja. Malah lebih teruk, sekutu Barat membiarkan sahaja Aleppo dibedil setiap hari.

Ini harga terakhir Arab Spring. Revolusi Jasmin berakhir di Aleppo tanpa sokongan Barat.

Syria menjadi titik pengajaran penting. Barat menghasut umat Islam di negara Arab untuk bangkit mengubah keadaan negara. Barat mendesak penduduk Arab di Algeria, Tunisia, Mesir dam Syria menentang kerajaan yang disifatkan tidak demokratik dan diktator.

Tetapi hari ini, semua negara ini dibiarkan terabai. Nasib Syria paling teruk. Selepas kebangkitan Revolusi Jasmin, dan setelah 52 bulan berperang, Barat menarik diri dan membiarkan jet udara Rusia mengebom Aleppo tanpa simpati.

Lebin teruk, Barat berjaya memesong dunia untuk percaya krisis Syria kini berlarutan kerana perang mazhab. Dunia melupakan fakta: Syria ialah sebahagian Revolusi Jasmin Arab Spring.

Kini tiba giliran NGO dunia untuk menyelesaikan sisa-sisa Arab Spring yang gah itu.

NGO seperti Mercy Malaysia kini memainkan peranan kemanusiaan yang menyediakan koridor kemanusiaan dari Aleppo ke Idlib. Bagi White House dan 10th Downing Street, Syria kini hanya sampah.

Menurut Dr. Ahmad Faizal, Mercy Malaysia kini menempatkan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) terdiri daripada lima anggota yang bersiap sedia dikerah ke Aleppo sebaik sahaja disahkan selamat.

“Kami berganding bahu dengan masyarakat kemanusiaan antarabangsa dan PBB, supaya segera disediakan akses selamat secara terus ke Aleppo untuk menyampaikan bantuan.”

Beginilah berakhirnya sisa-sisa Revolusi Jasmin atau popular dengan fenomena Arab Spring. Empat tahun lalu ia digahkan sebagai kebangkitan rakyat di dunia Arab. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AleppobantuanRevolusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd