• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Kaji Undang-Undang Lapuk Sesuai – Khalid

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan cadangan untuk mengkaji semula undang-undang lapuk adalah bersesuaian dan tepat pada masanya memandangkan ada antara undang-undang berkenaan sudah ketinggalan zaman.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong penuh cadangan berkenaan dan meletakkan sepenuhnya kepada pihak berkaitan serta Parlimen untuk menentukan sama ada sudah sampai masanya undang-undang itu dipinda.

“Saya serahkan kepada Parlimen. Kalau Parlimen berpendapat bahawa (ada) undang-undang itu patut dipinda. Pada pandangan saya memang patut dipinda pun kerana ada undang-undang kecil kita ini sudah ketinggalan zaman.

“Undang-undang kecil ini dibuat sebelum merdeka lagi jadi saya rasa ada antaranya sudah sampai masanya untuk kita buat pindaan, memperkemaskan lagi hukuman dan sebagainya,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia ke-28 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua hari lepas mengenai kajian semula akan dilakukan terhadap semua perundangan sedia ada yang membabitkan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan ia bersifat futuristik dan tidak lagi lapuk.

Ahmad Zahid berkata kajian semula itu perlu dibuat bagi mengenal pasti undang-undang yang telah lapuk dan tidak lagi sesuai digunakan ketika ini serta mahu memastikan perundangan yang dipinda sesuai diguna pakai dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Ia adalah susulan hukuman RM100 yang djatuhkan mahkamah terhadap seorang individu yang menandatangani surat saman dengan perkataan ‘babi’ yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan menghina anggota polis.

Hukuman itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) adalah denda maksimum.

Sementara itu, Khalid berkata daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedang disiasat menggunakan dana yang meragui, 15 NGO sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Laporan interim akan diberikan kepada timbalan perdana menteri tidak lama lagi,” katanya.

Menurut laporan berita, kira-kira 20 daripada 50,000 NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarundang-undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui dana KWAP tidak...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd