• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
18/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyebut bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu jenaka politik yang melucukan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana proses untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sebaik mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, bukanlah perkara mudah.

“Matlamat tersebut sangat tidak realistik. Bayangkan bila sudah mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Wan Azizah perlu kosongkan kerusi, buat pilihan raya kecil dan banyak lagi proses yang pasti bukannya sekejap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Pelajar Program Puncak Pembina di sini, hari ini.

Media tempatan melaporkan, pada majlis di Pulau Pinang baru-baru ini, Lim dilaporkan mencadangkan Dr Wan Azizah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika pembangkang memenangi PRU akan datang.

Mahdzir, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pembangkang kini cuba membuat helah kepada rakyat dengan menunjukkan kononnya mereka boleh memimpin sekiranya diberi peluang memegang tampuk pemerintahan.

Bagaimanapun, jelas Mahdzir, kenyataan bercanggah daripada setiap parti pembangkang mengenai siapa calon perdana menteri yang layak sekiranya mereka menang PRU akan datang, jelas menunjukkan tiada keyakinan sesama mereka. – BERNAMA

Tags: Lim Kit SiangMahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd