• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Caj GST Kad Tambah Nilai Prabayar Kekal

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah tersebut diambil untuk meringankan bebanan rakyat kerana menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar (kad prabayar) itu.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat GiatMara Pekan di Bandar Peramu di sini.

Kerajaan di bawah langkah penambahbaikan GST pada akhir tahun lepas telah mengecualikan caj GST terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bermula 1 Jan lepas sehingga 31 Dis ini.

Sementara itu Najib menafikan jadual padat beliau di Pekan hari ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Tak… tak…Saya balik ke Pekan hari ini tujuan untuk menjalankan tugas sebagai Anggota Parlimen, meninjau sejauh mana keberkesanan dasar dan program kerajaan sama ada sampai kepada kumpulan sasar.

“Saya dapat saksikan hari ini program yang dilaksanakan oleh kerajaan sememangnya dapat mengubah keadaan hidup rakyat di kawasan Pekan dan seluruh negara seperti projek untuk membina rumah-rumah bagi menangani masalah kemiskinan di bandar umpamanya,” katanya.

Najib yang menjadi Anggota Parlimen Pekan sejak 1976 mempunyai jadual lawatan yang padat hari ini dengan menghadiri sembilan program sejak pukul 10 pagi. Program terakhir beliau adalah pada 7.30 malam ini iaitu makan malam bersama Persatuan Cina Pahang di Hotel Zenith, Kuantan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata krisis di Aleppo, Syria memerlukan usaha penyelesaian secara politik kerana sekiranya pertembungan berlaku berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada orang awam.

“Kita memang berasa sedih peristiwa di Aleppo, sangat menyayat hati bukan sahaja dalam kalangan orang Islam tetapi juga bukan Islam. Ia merupakan satu masalah krisis kemanusian begitu dahsyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTprabayar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd