• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Cadang Kumpulan Siapsagaan ASEAN

oleh Ahmad Albab
20/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan tahap baharu kerja sama pertahanan bagi negara anggota ASEAN yang dikenali sebagai Kumpulan Siapsagaan ASEAN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara ASEAN berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat dalam kalangan negara ASEAN terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas dan kejadian taufan Haiyan membadai Filipina pada November 2013.

Beliau berkata, Malaysia mahu membawa kerjasama pertahanan ASEAN ke skala lebih besar berikutan kejayaan dan keberkesanan mekanisme Bantuan Kemanusiaan dan Bencana masa kini termasuk Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) dan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA).

Beliau berkata, kumpulan itu boleh bekerjasama untuk latihan serta membangunkan prosedur bersama dan beroperasi di bawah mekanisme kerjasama yang praktikal sedia ada.

“Selain itu, adalah diharapkan bahawa kumpulan itu akan memperoleh pelepasan diplomatik yang telah ditentukan, talian komunikasi dan pramengenal pasti peralatan sumber manusia dan kepakaran peralatan,” kata beliau dalam sesi bertukar pandangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Bagan, Myanmar hari ini.

Teks ucapan Hishammuddin dihantar kepada BERNAMA hari ini. Ia bertemakan “Kerjasama Pertahanan Ke Arah Komuniti ASEAN yang Aman dan Makmur.”

Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada 10 negara ASEAN yang pertama tampil memberi sokongan kepada Malaysia ketika negara berada dalam keadaan yang sukar susulan tragedi kehilangan MH370.

Mengenai usaha memerangi kumpulan militan digelar Negara Islam (IS), Hishammuddin berkata terdapat keperluan untuk memahami lebih lanjut bagaimana ideologi yang menyimpang untuk mewujudkan semula khalifah yang sudah tidak berfungsi boleh menjadi begitu menarik bagi orang daripada pelbagai rantau.

“Dalam hal ini, selain membangkitkan kesedaran domestik, kerjasama pelbagai hala melalui penglibatan lebih dekat dan perkongsian maklumat adalah penting dan tidak ada lagi platform lebih penting di rantau ini selain ADMM,” katanya. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd