• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Wanita ‘Navy’ Kantoi Curi Minyak Pelincir

oleh AK-47
14/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video yang memaparkan wanita dipercayai anggota tentera laut berdasarkan pakaian yang digunakan menjadi viral di laman sosial apabila mencuri minyak pelincir di sebuah stesen minyak.

Menerusi akaun Facebook Semut Gergasi, video berdurasi satu minit Itu jelas menunjukkan seorang wanita mencuri minyak pelincir dan dimasukkan ke dalam begnya sebelum berlalu pergi.

Wanita yang bertudung dan dipercayai memakai pakaian seragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kelihatan meninjau keadaan sekeliling sebelum melutut dan mencuri minyak pelincir di sebuah stesen minyak di Lumut, Perak.

Selepas melakukan aktiviti tidak bermoral itu, wanita tersebut ditegur pekerja stesen minyak dan seolah-olah mahu mengelak daripada bercakap dengan pekerja itu.

Dia kemudiannya berlalu pergi sambil memegang telefon bimbit seolah-olah menghubungi seseorang.

Kegiatan wanita tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan yang jelas menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu pada kira-kira jam 5.58 petang.

Menerusi ruangan komen, netizen mengkritik tindakan wanita itu yang melakukan perbuatan mencuri ketika masih memakai uniform pasukan keselamatan negara.

Ada netizen yang mempersoalkan tindakan wanita itu kerana ianya boleh memalukan TLDM serta boleh digantung tugas jika didapati bersalah.

“Buang kerja je, buat malu badan beruniform sahaja makcik ini,” tulis Nur Shazlin Shaharudin.

Bagaimanapun ada netizen yang menganggap wanita tersebut bukan anggota TLDM dan hanya menggunakan pakaian seragam tersebut untuk mencuri.

“Ingat semua penjawat awam senang ker, kadang-kadang pun sesak daaa. Bersangka baik, mungkin kakak ini bertopengkan Navy, dia beli pakaian itu kat bundle ker?,” tulis Megat James.

Netizen meminta rakaman CCTV tersebut disiasat bagi mengenal pasti identiti wanita tersebut dan jika si pelaku adalah anggota TLDM, tindakan sewajarnya harus dikenakan kerana sudah menjatuhkan nama pasukan tersebut. –  MYNEWSHUB.CC

Tags: minyakstesen minyakTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

19/04/2026
0

SEREMBAN – Malaysia sememangnya memiliki minyak, namun bekalan dalam negara masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan domestik. Naib Pengerusi...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd