• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perarakan Bergajah Di Istiadat Keberangkatan Pulang Di KLIA

oleh Ahmad Albab
11/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar.

“Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu,”

“Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri.

Petikan di atas ialah dari buku hikayat Sulalatus Sulatin atau Sejarah Melayu yang menceritakan peristiwa kedatangan Islam dan sekaligus menjadi inspirasi kepada penganjuran perarakan bergajah pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim pada 12 Dis ini.

Acara yang akan menghidupkan semula zaman kegemilangan raja-raja Melayu dahulu kala itu akan menampilkan dua ekor gajah untuk mengepalai perarakan mengiringi Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ke Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Gajah-gajah itu akan diikuti kira-kira 180 ahli persembahan, berpakaian ala pembesar Melayu, inang pengasuh dan hulubalang istana, sambil membawa peralatan tradisional seperti gendang, tombak, bunga emas dan replika pohon beringin.

Menyusul selepas rombongan itu adalah kenderaan membawa Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diikuti enam ekor kuda pada hujung perarakan.

“Ini adalah kali pertama kita menggunakan dua ekor gajah dan enam ekor kuda dalam istiadat perarakan balik Yang di-Pertuan Agong.

“Sebelum ini kita ada menggunakan haiwan tetapi seekor gajah sahaja,”Pengarah Persembahan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Rosnan Nordin, memberitahu Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau, dua ekor gajah itu adalah gajah dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, manakala enam ekor kuda diambil dari Istana Negara.

GAJAH; HAIWAN TUNGGANGAN RAJA-RAJA DAHULUKALA

Gajah sememangnya amat sinonim dengan pemerintahan beraja bagi negara-negara di rantau ini.

Dalam catatan sejarah dan hikayat lama, gajah digunakan sebagai tunggangan raja misalnya ketika berarak keluar istana dan semasa peperangan.

Di Thailand gajah putih dianggap suci dan diangkat sebagai simbol beraja negara berkenaan.

Selain meraikan keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Rosnan berkata, perarakan bergajah itu, turut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, khususnya generasi muda, tentang kegemilangan kerajaan Melayu suatu ketika dahulu serta adat resam yang terlibat.

“Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan perarakan ini yang hanya boleh dilihat lima tahun sekali dan hayatilah kembali warisan nenek moyang dan adat resam kita,” kata Rosnan.

ISTIADAT KEBERANGKATAN PULANG YANG DI-PERTUAN AGONG

Rosnan berkata perarakan itu dijangka bermula pada pukul 10 pagi di jejantas ERL KLIA menuju ke Kompleks Bunga Raya KLIA.

Jet pejuang Sukhoi SU-30MKM dijadualkan turut melakukan terbang lintas sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah berperanan sebagai Ketua Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Kompleks Bunga Raya akan disambut pula dengan persembahan pencak silat.

Seterusnya orang ramai akan membuat lambaian terakhir atau “Lambaian Daulat Tuanku” untuk mengiringi keberangkatan pulang baginda ke Istana Anak Bukit, Alor Star.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi istiadat rasmi keberangkatan pulang baginda.

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah apabila menjadi raja pertama yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept, 1970 sehingga 20 Sept, 1975 dan kali kedua pada 13 Dis, 2011 hingga 12 Dis ini.

Baginda akan digantikan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. – BERNAMA

Tags: gajahTuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd