• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 97,000 Graduan Terima Manfaat SL1M – Rahman

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Lebih 97,000 graduan menerima manfaat dan mendapat pekerjaan semenjak program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dilancarkan pada 2011 sehingga September lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata menerusi pelaksanaan SL1M, para graduan diberi peluang menjalani latihan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran komunikasi.

Selain itu, mereka turut belajar membentuk integriti, berdaya saing dan bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan diberikan majikan, katanya ketika berucap merasmikan Festival Kerjaya SL1M Sabah 2016 di Pusat Latihan Rela Sabah di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri S. K. Devamany.

Abdul Rahman berkata kerajaan tidak pernah memandang remeh isu pengangguran walaupun statistik Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan kadar pengangguran agak rendah iaitu 3.5 peratus pada September lepas.

“Malah, kerajaan akan terus berusaha membantu bakat muda mendapatkan pekerjaan…pelbagai program intervensi dilakukan kerajaan termasuk SL1M bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya.

Justeru, katanya setiap pencari kerja perlu bersedia keluar daripada kepompong keselesaan serta menyesuaikan diri dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selain berkembang mengikut peredaran masa.

Sebanyak 13 syarikat mengambil bahagian pada Festival Kerjaya SL1M Sabah ke-7 dan terakhir untuk tahun ini yang menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dan latihan untuk semua peringkat kelulusan.

Pada majlis itu juga, seramai 350 kanak-kanak menerima sumbangan dua pasang baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis daripada Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud sempena sesi persekolahan tahun depan. – BERNAMA

Tags: SL1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

70% Peserta SL1M Berjaya Mendapat Kerja Tetap

16/04/2018
0

ALOR SETAR – Sebanyak 70 peratus peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas tamat latihan menerusi skim...

SL1M Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

11/04/2018
0

KANGAR - Program pemadanan graduan dengan majikan menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0 akan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan sebaik sahaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd