• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Masih Ikut Jadual Capai Status Negara Maju

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Malaysia masih mengikut jadual dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Perdana menteri berkata negara sememangnya sedang menuju ke arah itu khususnya mencapai status negara berpendapatan tinggi, dan konsep Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan beliau adalah bagi melakar hala tuju selepas tahun 2020.

“Oleh kerana kita semakin menghampiri tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baharu bagi meneruskan perjuangan membangunkan negara ini.

“Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang,” kata Najib menerusi rakaman ucapan di laman blog rasmi beliau najibrazak.com.

Najib berkata menjelang 2020, sudah banyak program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia ke-11 dan Dasar Transformasi Nasional (DTN) dilaksanakan dalam usaha mencapai status negara maju.

Dalam pada itu Najib berkata TN50 akan bermula dengan penglibatan bersama generasi baharu yang akan diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin menjemput generasi muda mengambil bahagian dalam merangka masa depan negara bersama-sama dengan beliau.

“Saya yakin anak muda kita mempunyai banyak buah fikiran dan tenaga untuk meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara yang makmur dan berdaya saing,” kata Najib.

TN50 diperkenalkan oleh Najib dalam pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lepas yang menjangkau proses dan gerak kerja selama tiga dekad bagi memeta hala tuju negara menjelang 2050.

Pada 2010, Najib turut memperkenalkan DTN bagi tempoh bermula 2011 hingga 2020 yang merupakan dasar pemetaan program transformasi sektoral kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baharu Ekonomi. – BERNAMA

Tags: MalaysiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd