• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Usaha Bendung Belia Terlibat Ekstremis Sosial

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil pendekatan terbaik bagi mengawal dan mencegah belia daripada terlibat kegiatan ekstremis sosial, kata Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ancaman ekstremis yang datang dalam pelbagai bentuk gagasan dan ideologi mampu mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak, sosial serta hilang jati diri dan nilai ketimuran yang didukung sejak sekian lama.

“Contoh ancaman (ekstremis sosial) yang dihadapi Malaysia hari ini ialah apabila anak muda kita mula tertarik dengan perjuangan kumpulan militan digelar IS, bukan sekadar minat, malahan sanggup untuk menjelajah ke medan peperangan, kononnya atas nama jihad.

“Kita anggap tarikan ekstremis sosial ini sebagai saingan kepada kita, kita harus sediakan sesuatu yang lebih menarik, yang dapat penuhi idealisme mereka, supaya mereka tak perlu penuhi idealisme mereka melalui landasan terpesong,” katanya ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang IV Penggal Ke-29 di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan telah melihat keperluan dalam merangka dasar, hala tuju, serta program yang relevan dalam usaha memastikan belia tidak mudah terjebak dalam gejala ekstremis sosial ini sehingga menjadi golongan ultra-liberal atau ortodoks agama.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Khairy berkata, buat masa kini program MyCORP iaitu program sukarelawan kebajikan peringkat antarabangsa dilihat platform terbaik dalam merealisasikan hasrat itu.

“Di peringkat kerajaan, kita perlu sediakan aktiviti yang boleh bersaing, yang boleh menarik generasi belia daripada terlibat dalam kegiatan ini.

“Contohnya, bagi membendung mereka daripada menyertai IS, kita nak perkembangkan lagi program MyCORP iaitu kesukarelawan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata langkah kerajaan memperkenalkan konsep ‘Wasatiyyah’ iaitu kesederhanaan adalah bertepatan terutamanya dalam usaha menangani ancaman daripada gejala ekstremis sosial ini.

“Konsep kesederhanaan adalah pendirian yang tegas dan berani, yang menyatakan anak muda dan rakyat Malaysia, harus tidak terlibat langsung dalam kegiatan ekstremis kerana kegiatan ini hanya akan runtuhkan masa depan negara kita, dan masa depan belia,” katanya.

Menyentuh hasil pembentangan peserta dalam persidangan MPBN itu, Khairy berkata, pihak kementerian akan cuba menyediakan kerangka bersesuaian bagi membolehkan kepimpinan pertubuhan belia dapat diselaraskan dengan pindaan takrifan umur belia iaitu daripada 15 ke 30 tahun.

Beliau berkata, langkah ini perlu bagi mengelakkan masalah yang timbul, seperti kelicinan pentadbiran persatuan belia, sebagai persediaan kepada Dasar Belia Malaysia (DBM) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2018.

“Kita sudah capai persetujuan hari ini bahawa DBM akan diumum dan dibentangkan pada tahun depan, dengan tarif pelaksanaan umur pada 2018 akan kita takrifkan daripada usia 15 hingga 30 tahun.

“Kita ada tiga tahun untuk proses pelaksanaan penyediaan … kita akan adakan program pemantapan kepimpinan di peringkat akar umbi supaya mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an akan bersedia untuk mengambil alih kepimpinan yang baharu,” katanya.

Beliau berkata, ini merupakan satu daripada agenda kerajaan untuk meremajakan kepimpinan dengan memberi peluang dan persediaan kepada generasi baharu untuk menjadi pemimpin peringkat lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: BeliaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd